Permusuhan di antara AG dengan Hairi bermula sejak mereka masih kecil
dan berlarutan sehingga kedua-duanya dewasa. Kedua-duanya menjadi ketua
bagi kumpulan masing-masing. Di sekolah, kedua-dua kumpulan ini dikenali
sebagai geng buli. Kenakalan dua kanak-kanak ini memang memeningkan
guru-guru. Murid-murid lain takut akan kumpulan ini terutama FBI,
seorang kanak-kanak yang baik dan pendiam, tetapi kuat menangis. Kerana
sifatnya ini, FBI selalu dibuli oleh kedua-duanya.
Bagaimanapun, Sari Yanti selalu membela FBI dan menyelamatkannya. Bapa
Sari Yanti, Cikgu Deraman, mengajar di sekolah tersebut. Disebabkan itu,
Sari Yanti ada imuniti daripada diganggu geng buli tadi. Sari Yanti dan
FBI menjadi sahabat baik. FBI jatuh cinta terhadap Sari Yanti dan
berhasrat untuk berkahwin dengannya. Dengan berani, FBI berjumpa Cikgu
Deraman untuk melamar Sari Yanti. Cikgu Deraman hanya ketawa mendengar
lamaran kanak-kanak berusia sepuluh tahun. Tawa Cikgu Deraman menjadi
cabaran kepada FBI untuk memiliki Sari Yanti suatu hari nanti.
Episode 1 : Hotfile | Zippyshare
Episode 2 : Hotfile | Zippyshare
Monday 22 July 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment